Posts

Kehidupan di Labuan (2)

Saya berjalan kaki ke sekolah setiap hari. Begitu juga ketika pulang. Sekolah saya iaitu SMK Labuan tidak berapa jauh dari rumah. Jaraknya kira-kira dalam 600 meter sahaja. Anak-anak jiran yang lain kebanyakannya menaiki kereta ke sekolah. Ibubapa mereka mempunyai kenderaan sendiri. Bapa saya tidak membawa keretanya ke Labuan sewaktu berpindah hari itu. Kereta itu di bawah jagaan pakcik saya iaitu adik kepada bapa saya di kampung. Beberapa bulan kemudian baru kereta itu dibawa ke Labuan. Tetapi saya masih berjalan kaki ke sekolah seperti biasa. Hanya apabila hujan turun baru saya akan menaiki kereta. Beberapa ketika kemudian saya sudah membiasakan diri dengan persekitaran dan warga sekolah saya. Saya semakin seronok belajar di sini. Prestasi pelajaran saya meningkat berbanding ketika di Tenom. Buktinya ialah keputusan peperiksaan penggal pertama saya menduduki tempat ke 7, penggal kedua ke 2 dan penggal ketiga saya mendapat tempat pertama. Semasa saya naik ke tingkatan 2 saya telah dip

Kehidupan di Labuan

Setelah bangun pagi, kami hanya berada di rumah sahaja. Saya dan adik-adik saya belum pergi ke sekolah sebab belum diuruskan tempat lagi. Pagi ini bapa saya akan melaporkan diri di pejabat. Seterusnya barulah beliau akan menguruskan penyambungan bekalan elektrik, pendaftaran sekolah dan lain-lain perkara lagi. Saya meninjau-ninjau dari tingkap sahaja keadaan luar rumah. Saya dapati terdapat 4 blok bangunan 2 tingkat seperti yang kami duduki, sebuah blok 4 tingkat, sebuah bangunan 2 tingkat yang dijadikan berek bujang, sebuah rumah pegawai, sebuah surau dan sebuah dewan terdapat di situ. Terdapat juga gelanggang bola tampar, dan sepak takraw di depan surau. Pada tengah hari bapa saya pulang dan memaklumkan sebentar lagi elektrik akan disambung. Bapa saya juga memaklumkan bahawa saya akan bersekolah di SMK Labuan dalam tingkatan 1. Adik saya pula seorang di SRK Pekan 1 Labuan dalam darjah 6, manakala yang seorang lagi di SRJK Chi Wen Labuan dalam darjah 4. Adik saya yang bongsu waktu itu

Kehidupan kami di Tenom (bahagian 6)

Pada penghujung tahun 1983, bapa saya telah menerima surat kenaikan pangkatnya ke pangkat Koperal. Berita ini disambut dengan gembira oleh seluruh keluarga. Berserta dengan kenaikan pangkat ini, bapa saya juga menerima arahan pertukaran ke Ibu Pejabat Polis Labuan yang harus dilaksanakan dalam tempoh 30 hari. Bapa saya akan menjawat jawatan barunya sebagai Ketua Cawangan Pengangkutan, Ibu Pejabat Polis Labuan. Berita ini kami sambut dengan perasaan yang bercampur baur antara gembira dan sedih. Gembira, kerana kami akan berpindah ke tempat yang baru, di mana akan mendekatkan kami dengan kawasan laut. Sudah sekian lama saya dan adik-adik mengimpikan untuk mandi laut. Keseronokon mandi laut kami saksikan dalam tv yang sering kami tontoni. Sedih pula, kerana kami harus meninggalkan teman-teman, kampung halaman dan juga sekolah. Tambahan pula kami harus menyesuaikan diri di tempat baru nanti Oleh kerana arahan pertukaran ini tidak boleh ditunda atau dibatalkan lagi, maka ba

Kehidupan kami di Tenom (bahagian 5)

Di Tenom saya juga telah mempunyai beberapa hobi. Hobi ini datang kerana atas pengaruh daripada rakan sekolah terutama kawan baik saya Hermin Benjamin Tom @ Hermin Tom (mendiang).  Antara hobi yang paling saya minati ialah mengumpul setem dan membaca buku. Saya mula mengumpul setem ketika berada di dalam darjah 4. Setem-setem ini saya perolehi dengan meminta daripada rakan-rakan dan bertukar-tukar dengan rakan. Hobi mengumpul setem ini saya kongsi dengan adik saya Anthony di mana kami Bersama-sama berkongsi album setem yang sama. Saya difahamkan album ini masih ada lagi sehingga kini di dalam simpanannya. Kalau tidak silap ingatan saya, kami mempunyai 3 atau 4 album setem yang mengandungi setem-setem negeri-negeri di Malaysia, setem North Borneo dan beberapa setem luar negeri. Setem luar negeri yang paling banyak ialah dari Indonesia.  Ada cerita menarik berkenaan dari manakah kami mendapat setem-setem Indonesia ni. Oleh kerana pada tahun 80an ramai pekerja berbangsa T

Kehidupan kami di Tenom (bahagian 4)

Banyak pengalaman pahit dan manis yang saya dan keluarga alami  sepanjang 5 tahun menetap di Tenom.  Pengalaman manis yang pernah saya alami antaranya ialah dapat melihat di depan mata sendiri beberapa orang yang terkenal sama ada artis atau orang kenamaan seperti Menteri. Antara artis terkenal yang saya pernah temui ialah M. Daud Kilau, Kumpulan Quinary M. (dimana dianggotai oleh adik beradik Mazuin Hamzah), Benyamin S. (aktor, pelawak dan penyanyi Indonesia). Manakala Menteri pula ialah seperti Tan Sri Alfred Jabu (Sarawak), Datuk Harris Salleh (Mantan Ketua Menteri Sabah), Tun Mohd. Adnan Robert (Mantan TYT Sabah) dan beberapa lagi yang sudah tidak ingat nama mereka. Pengalaman melihat dari dekat Mazuin Hamzah masih jelas di ingatan sehingga kini. Mazuin ketika itu masih remaja dan cantik sekali seperti yang biasa dilihat di dalam majalah hiburan. Suaranya pun merdu seperti di dalam radio dan tv yang saya dengar. Manakala ada beberapa kenangan pahit yang saya alami

Kehidupan kami di Tenom (Bhg 3)

Seingat saya, kehidupan di Tenom sangat seronok. Maklumlah kerana ketika itu adalah zaman remaja saya. Saya dapat bergaul dengan ramai rakan dan menerokai banyak permainan baru dan tempat-tempat baru. Antara permainan yang saya sangat sukai ialah melastik burung, membina jerat burung, perlawanan biji getah, bermain gasing dan banyak lagi.  Saya juga mengikuti rakan-rakan bermain bola sepak dan badminton. Saya menjadi mahir dengan permainan ini dan selalu diajak oleh rakan-rakan untuk bermain. Tetapi saya mengalami patah tangan kanan kerana jatuh basikal pada tahun 1983 ketika saya berada di dalam darjah 6. Ini menyebabkan saya menjadi tidak aktif lagi dalam kedua-dua permainan yang saya minati ini. Satu pengalaman menarik yang saya alami ketika ini ialah belajar memancing ikan di sungai Pegalan dan sungai Padas. Emak saya memang suka memancing ikan. Selain kegemaran emak saya suka makan ikan sungai. Antara ikan yang kami pancing ialah ikan sopong, sungku dan beberapa jen

Kehidupan kami di Tenom (Bhg 2)

Image
Pada tahun 1978 saya memulakan persekolah sekolah rendah saya di SRJK St. Anthony, Tenom dalam darjah 1. Sekolah ini terletak kira-kira 1 kilometer dari Pekan Tenom dan terletak di atas sebuah bukit. Saya bersekolah di sini dari darjah 1 hingga darjah 6 iaitu sehingga tahun 1983. SRJK St. Anthony Tenom Lencana Sekolah SRJK St. Anthony, Tenom Rakan-rakan yang pernah bersama-sama saya belajar di sekolah ini antaranya ialah Aliakbar Gulasan (sekarang pensyarah UMS), Jasni Sulaiman (sekarang seorang guru di Tenom), Hermin Tom Imbayan (mendiang meninggal pada 2015), Timothy Simit ( sekarang jururawat lelaki di Arab Saudi), Helen Joseph (guru di Tambunan), Celestina Gregory (guru di SK Stella Maris, Tg. Aru), Suzieyani Halik Zaman (ahli perniagaan), Chin Bin Kiong ( jurujual), Josephine Masudal, Norlela Timpai (guru) dan beberapa lagi yang saya sudah lupa namanya. Kalau saya ada maklumat saya akan kemaskinikan semua nama-nama yang pernah sekelas dengan saya. Antara guru-guru